Allah S.W.T berfirman,"Wanita-wanita yang keji adalah untuk
laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita
yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki
yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
(pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia
(surga)" .(Qs.an-Nur':26)
Telah
tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku
untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara
kita yang tahu..
Aku
untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati
ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang
rusukku..
Maafkan
aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah
lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan
seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu
yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku,
pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada
anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ?
Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ?
Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan
sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya
Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama
sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku
? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan
sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di
dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas.
Aku
terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir,
masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku
pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang
hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di
sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya
aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan
terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar
yang kau harapkan.. Untukku persembahkan,
menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah
dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu
seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak
pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata
indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak,
yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku.
Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini.
Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada
orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku..
Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya
untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul
denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang
ikhlas.
Maafkan
aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini.
Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku
berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan
aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan
cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku..
Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin
mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita
yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk
melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka
dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan
aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau
untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah
tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah
kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa
kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan
hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati
ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku
tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa
sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta
bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling
penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak
nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika
kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak
musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila
kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat,
Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran,
Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti
indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini
aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak
mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku
tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau
bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku,
menasihatiku..
Maafkan
aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah
aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ?
Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ?
Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan
syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga
yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”
Bagaimana
nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad
pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu
kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad.
Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah
untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal,
dengan penuh hikmah.Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik
itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha.
Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak
sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan
mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita
hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku
juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat.
Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan
yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang
lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan
berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku
juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku
tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih
menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama
lain..
Itulah
janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi.
Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah
terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang
baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya.
Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang
tinggal untuk anda ikuti?
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar